Kursus Pendengaran EfektifKursus sehari ini disediakan khusus untuk mereka yang memerlukan kemahiran dalam pendengaran efektif dalam melaksanakan tugas terutamanya ketika menghadiri taklimat, perbincangan dan mesyuarat. Kursus ini menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran dewasa yang telah terbukti mudah diikuti, berkesan dan praktikal. Peserta-peserta diberi peluang secukupnya untuk menerap kaedah-kaedah pendengaran efektif melalui aktiviti berkumpulan dan latihan persendirian yang telah dirumus dengan tujuan untuk mancapai matlamat kursus. Setelah mengikuti kursus ini, peserta-peserta akan berupaya untuk berkomunikasi secara yakin dan profesional lantas meningkatkan imej organisasi. Matlamat KursusMatlamat utama kursus ini adalah untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran pendengaran supaya lebih efektif. Pendekatan KursusKursus ini menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran dewasa sepenuhnya untuk memantapkan kefahaman, keberkesanan dan penerapan. 80% daripada kandungan kursus adalah berbentuk aktiviti-aktiviti berkumpulan dan persendirian, yang membantu peserta-peserta belajar dan berlatih kaedah-kaedah pendengaran efektif dalam suatu suasana yang positif lagi menggalakkan pembelajaran. Ringkasan KursusKursus ini akan merangkumi tajuk-tajuk berikut:
|
Download a copy of our
|
||||||
| Dynamic Speakers Training Centre (001648118-W) 23-3 2nd Floor, Jln SS23/11, Taman SEA, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia This company is owned by Danny Lim danny@dstcentre.com +6016-6522629 Home ~ Profile ~ Courses ~ Album ~ Articles ~ Blog ~ Links ~ Links & Other Resources ~ Sitemap ~ Contact |
|||||||